2005/07/04

Fly Away


Fly high fly far

Going higher and further away
Our lives are not in a jar
It's fated to be this way

You are not mine
Neither can I be yours
But the sweet memories shall be in my mind
Forever, for always, mine and yours

I did not ask for you to come
Or for the kiss that you put on my cheek
Nor did I request you to stay
Or the love in the night that we made

You will never know what your touch did
Deep in me you invoke the need
You'll never know the joy you brought
Or the peace in you that I sought

This feeling is not love
But I care nonetheless
For love has no boundaries
Made either by me or someone else

What I feel is even deeper
Much stronger and more potent
No words can even be better
To describe it's power or extent

Fly away now try not to worry
For I'll be here should you come back
Lead the life you'd dreamed the hopes you carry
I shan't be the one to hold you back

Have a save flight that's my only hope
For I cannot bear the hurt it'll bring
Should anything happen in scope
I could not imagine the pain coming

Go away now, I do not want you to see
The tears dropping from my lonely heart
For I know, if you indeed see
We will always and forever be apart

Sweet love wonderful heart
Kind thoughts loving touch
Gentle kisses warm hugs
I will surely miss them much

Melayu kah aku ini?


I ingatkan you bukan Melayu. Sebab your face looks pan-asian.


Ehehehe.. aku tergelak macam kerang busuk. Rasa riak pulak sebab orang cakap macam tuh. Lagipun masa tu, aku masih budak-budak. Lantas aku pun buat pirouette sebab tadi dia puji aku bila aku pusingkan badan aku.

Tapi, masa tu aku budak-budak. Gurauan kat situ saja. Tak lebih dari itu. Aku belajar lagi masa tu.

Sekarang, bila aku dah dewasa, matang lah sikit agaknya, aku hanya gelengkan kepala bila memori itu terjah ke gray matter ku. Hahaha... aku tergelak sekarang. Pan-asian? Sangat tidak logik. Dengan kulit aku yang hitam manis ala Kajol pelakon Bollywood, setidak-tidaknya pun Pretty Zentha (entah betul atau tidak aku eja nama dia tu, aku bukan peminat cerita Hindustan. Tapi aku pelik kenapa orang aku cakap kulit putih cantik, tapi mengidolakan pelakon dari negara itu. Pelik... Pelik sungguh. Hipokrit. Kalau macam tu, kenapa sibuk sangat dengan whitening cream tuh? Eh.. aku pun guna jugak Nivea Whitening Lotion tu.), dan mataku yang kecil, nasib baik tidak sepet seperti pelakon Hong Kong (aku tak dapat nak bagi contoh, sebab semua pelakon Hong Kong sekarang dah bermata bulat). Pan-asian? Lagi sekali aku tergelak. Hahahaha...

Sekarang, ada juga orang ingat aku bukan Melayu. Tapi setidak-tidaknya tak adalah yang cakap muka aku pan-asian. Mesti aku bantai gelak tak berhenti kalau ada yang buat lawak badigol macam tu lagi.

Tapi, Melayu kah aku ini? Apa yang menyebabkan aku Melayu? Nama aku? Mungkin. Fikiran aku? Mungkin tidak. Pakaian aku? Mungkin. Mungkin tidak. Melayu kah aku ini? Atau... melayukah aku ini. Layu. Kau tahu layu? Hmm.. Biar aku fikirkan.

Aku pernah dapat P8 untuk Bahasa Melayu. Sebab aku kena kejutan budaya belajar sastera klasik buat kali pertama. Tapi, untuk semester yang sama, Bahasa Inggeris aku A1. Dengan markah kedua terbaik kat sekolah. Wow! Banggakah aku masa tu? Sebenarnya.... aku malu. Dan aku tertanya, tak cukup Melayu kah aku ini? Nasib baik bila periksa besar, dua-dua pun aku dapat A1. Dan aku kata, mungkin aku masih Melayu.

Tapi... bila aku pergi Kinokuniya atau MPH atau Popular, aku beli novel cerita orang putih. Tanyalah kat aku siapa penulis Melayu terkenal. Eh... bukan Wan Kamarulzaman apakejadah tu ker? Ehh.. maaf. Aku kenal siapa Usman Awang. Aku jugak tau Shahnon Ahmad. Tapi... aku tidak ada satu pun buku mereka. Aku pernah lah baca sajak mereka masa sekolah dulu. Tapi, Shahnon Ahmad, penulis atau penyajak? Atau... kedua-duanya sekali? Lalu aku tanya sekali lagi, Melayu kah aku ini?

Melayu lah kot... aku kenal siapa Tuah, Teja dan Jebat. Kenal? Okay lah, aku pernah baca cerita mereka. Dan aku tengok cerita P Ramlee. Ahhh... nasib baik ada P Ramlee. Tapi filem Melayu sekarang? Alamak... aku tak pernah tengok lagi cerita Melayu di panggung wayang. Oh... itu hari aku pergi tengok Puteri Gunung Ledang. Lain-lain? Urmm... tak ada. Tapi, hari tu... aku pergi tengok Switch. Ehh.. itu cerita Hollywood lah. Oh... Melayu kah aku ini?

Tak apalah. Apa-apa pun yang aku buat, buku apa pun yang aku baca, filem apa pun yang aku tengok, dan krim apa pun yang aku tempek kat atas badan aku ni, aku tetap Melayu at heart. Pemikiran aku sudah sedikit tidak Melayu, mungkin sebab... aku kurang prejudis, dan lebih open kata orang moden. Tapi, itu tak bermakna aku lupa nenek aku asal dari Duyung, suaminya orang Bugis, atau tok aku dari Penang dan suaminya berketurunan India. Aku masih Melayu, walau nyata darah aku tidak seratus peratus pure Melayu.

Bolehkah aku jadi perempuan Melayu terakhir? Tapi Tuah kata takkan Melayu hilang di dunia. Kalau macam tu, tidak ada seorang pun yang akan dapat gelaran itu, betul tak? Hehehe... aku tersengih sekali lagi.

Aku masih Melayu.
Tapi aku tak akan layu. Hehehe... aku tersengih lagi.

2005/07/03

Alone Today

By LadyJade

I remember the day he came
flowers and love song
soft lullaby to the ears

I distinctly remember his hug
safe and sound
in the middle of the night

I vividly remember his kiss
warm and tender
upon my lips

I cherish our laughter
the jokes we shared together
every new day was merrier

I recall the sad times
the pain and frustration
took away the time, wasted to oblivion

I barely recall the anger
full of spite and suspicion
eyes filled with tears

I remember the day he went away
hearts were broken
no words left to say

Here I sit alone today
reminiscing the old sweet way
gentle as the breeze that makes the trees sway

Here I stand alone today
waiting for another to come my way
for this time I vow it'll forever stay

2005/06/22


dalam ulitan mimpi kau terjah kosmos rinduku
lalu kau titip bisikkan syahdu
aku termangu
tanganku menggapai cuba mencapai bayangmu
tapi kau seperti angin
sepoi saja meninggalkan aku
walau sentuhan jemarimu
masih hangat terasa di pipiku
namun yang tertitik adalah air mataku
sedihkah hati ini?
kata mereka jika sayang ditinggal-tinggalkan
tapi aku tidak bisa sendiri
bukankkah lebih enak jika kita bersama?
aku tidak mahu lemas dalam lautan
yang tidak bisa kurenang sendirian
kau sedar bukan?
diri kita ini ibarat sepasang mata
sama melihat
jasad kita ini ibarat sepasang telinga
sama mendengar
gerbang kasih ini masih teguh berdiri
tapi tegarkah ia esok hari
aku berdiri sendiri di bawah lembayung rindu
menunggu kasihmu datang bertamu
engkaukah itu?
di hujung kejora yang merah
menyala garang dengan amarah kah?
atau cinta kah yang kau bawa
bersama rona terang menyilaukan mata
kenapa tanganmu tidak dihulur seperti selalu?
terasa bibit-bibit luka terjahi hati
bukankah ini mimpi
mana bisa aku disakiti
semakin hampir kau kepadaku
bibirmu mengukir senyum
mataku perlahan meniti lirikanmu
kepada bungkusan kecil erat dalam pelukanmu
kini hatiku menjadi tidak keruan
terharu berbaur gembira
ini rupanya pemberian
si kecil menanti kasih sayang
bukti hati ini sentiasa terikat
rasa hatimu, keinginanmu
tergambar dalam mimpiku
tercermin
rasa hatiku, keinginanku
inikah cinta?

2005/05/16

tak bernama


hatiku
bukan medan untuk kau mencuba-cuba
bukan dartboard untuk kau tusuk-tusuk
bukan juga buku untuk kau belek-belek

hatiku
bukan untuk kau ambil kemudian campak ke tepi
bukan untuk kau usap kemudian ditinggalkan
bukan untuk kau usik kemudian ditikamkan

hatiku
bukan mainan untukmu
bukan rekaan fikiranmu
bukan manifestasi mimpimu

hatiku
hanya satu
yang ini lah yang kuberikan setulus cintaku
dengan harapan kau jaga dan semai cintamu
agar sentiasa merah berdarah
bukan kerana terluka
tetapi kerana cinta kita

hatiku
telah kuberi untukmu
tanda ku milikmu
tika ini aku katakan
aku cinta padamu

2005/05/09

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungking air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

2005/05/02

Heart

A piece of cold blood
Warmed by feelings
Chilled by thoughts
Enriched with hopes
Scratched by dreams
Beating...
'till one day it stops
Ended by breathe



Funny how the four letter word change lives
One who utter the word should be tried if one did not mean it

Funny how the word is spoken carelessly
One who do not appreciate it should never say it

Funny how the four letter word is kept hidden and unspoken
One who fears to say what one feels do not live at all