2005/05/16
tak bernama
hatiku
bukan medan untuk kau mencuba-cuba
bukan dartboard untuk kau tusuk-tusuk
bukan juga buku untuk kau belek-belek
hatiku
bukan untuk kau ambil kemudian campak ke tepi
bukan untuk kau usap kemudian ditinggalkan
bukan untuk kau usik kemudian ditikamkan
hatiku
bukan mainan untukmu
bukan rekaan fikiranmu
bukan manifestasi mimpimu
hatiku
hanya satu
yang ini lah yang kuberikan setulus cintaku
dengan harapan kau jaga dan semai cintamu
agar sentiasa merah berdarah
bukan kerana terluka
tetapi kerana cinta kita
hatiku
telah kuberi untukmu
tanda ku milikmu
tika ini aku katakan
aku cinta padamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment