2005/05/09

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungking air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

No comments: