2005/06/22


dalam ulitan mimpi kau terjah kosmos rinduku
lalu kau titip bisikkan syahdu
aku termangu
tanganku menggapai cuba mencapai bayangmu
tapi kau seperti angin
sepoi saja meninggalkan aku
walau sentuhan jemarimu
masih hangat terasa di pipiku
namun yang tertitik adalah air mataku
sedihkah hati ini?
kata mereka jika sayang ditinggal-tinggalkan
tapi aku tidak bisa sendiri
bukankkah lebih enak jika kita bersama?
aku tidak mahu lemas dalam lautan
yang tidak bisa kurenang sendirian
kau sedar bukan?
diri kita ini ibarat sepasang mata
sama melihat
jasad kita ini ibarat sepasang telinga
sama mendengar
gerbang kasih ini masih teguh berdiri
tapi tegarkah ia esok hari
aku berdiri sendiri di bawah lembayung rindu
menunggu kasihmu datang bertamu
engkaukah itu?
di hujung kejora yang merah
menyala garang dengan amarah kah?
atau cinta kah yang kau bawa
bersama rona terang menyilaukan mata
kenapa tanganmu tidak dihulur seperti selalu?
terasa bibit-bibit luka terjahi hati
bukankah ini mimpi
mana bisa aku disakiti
semakin hampir kau kepadaku
bibirmu mengukir senyum
mataku perlahan meniti lirikanmu
kepada bungkusan kecil erat dalam pelukanmu
kini hatiku menjadi tidak keruan
terharu berbaur gembira
ini rupanya pemberian
si kecil menanti kasih sayang
bukti hati ini sentiasa terikat
rasa hatimu, keinginanmu
tergambar dalam mimpiku
tercermin
rasa hatiku, keinginanku
inikah cinta?

2005/05/16

tak bernama


hatiku
bukan medan untuk kau mencuba-cuba
bukan dartboard untuk kau tusuk-tusuk
bukan juga buku untuk kau belek-belek

hatiku
bukan untuk kau ambil kemudian campak ke tepi
bukan untuk kau usap kemudian ditinggalkan
bukan untuk kau usik kemudian ditikamkan

hatiku
bukan mainan untukmu
bukan rekaan fikiranmu
bukan manifestasi mimpimu

hatiku
hanya satu
yang ini lah yang kuberikan setulus cintaku
dengan harapan kau jaga dan semai cintamu
agar sentiasa merah berdarah
bukan kerana terluka
tetapi kerana cinta kita

hatiku
telah kuberi untukmu
tanda ku milikmu
tika ini aku katakan
aku cinta padamu

2005/05/09

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungking air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

2005/05/02

Heart

A piece of cold blood
Warmed by feelings
Chilled by thoughts
Enriched with hopes
Scratched by dreams
Beating...
'till one day it stops
Ended by breathe



Funny how the four letter word change lives
One who utter the word should be tried if one did not mean it

Funny how the word is spoken carelessly
One who do not appreciate it should never say it

Funny how the four letter word is kept hidden and unspoken
One who fears to say what one feels do not live at all

2005/04/29

no name

[posted as comment at http://puisi-relay.blogspot.com]

dalam hati ada rahsia
dalam rahsia ada cinta
dalam cinta ada luka
dalam luka ada rasa

mungkin syukur
mungkin duka
pasti reda
untuk kesekian kalinya...

2005/04/28

Bukan Kau, Tapi Aku...

Bukan kau, tapi aku
Yang mengguris
Kisah luka ini
yang mencoret
tinta merah berdarah

Bukan kau, tapi aku
yang cuba untuk
lari dari realiti
lalu mengusik fantasi
dengan mimpi

Bukan kau, tapi aku
yang membina
arca duka
hati hati yang terpaut
kini merana

Aku lah yang nista
Aku lah yang noda
Aku
Hanya aku

Kau umpama marmar putih
Manikam bersinar
Tiada cela
Kau murni

Bukan kau, tapi aku
Yang meroboh
istana ini
tinggal bingkisan
hati yang sepi

Bukan kau, tapi aku
Damailah

2005/04/26

Hujan

Hujan
Kadang datangnya disyukuri

Kadang hadirnya dicemuh
Namun ia tetap datang
Lantas memberi rezeki
Lantas basah bumi ini
Lecak dan lopak
Mungkin banjir
Oh.. Air sudah naik
Jalanraya menjadi sesak
Kura-kura besi terhenti
Nafas seperti tersangkut-sangkut
Namun
Hujan di luar pasti berhenti
Hujan di hati...
Entah
Aku tidak tahu
Mungkin kerana cetek
Minda ku yang terbatas
Lantas sering mengundang
Mendung dan titisan
Hujan yang tidak terbendung
Akhir aku pasrah
Ada hikmah
Namun
Hujan di luar pasti berhenti
Hujan di hati...
Mungkin nanti nanti