2005/05/16

tak bernama


hatiku
bukan medan untuk kau mencuba-cuba
bukan dartboard untuk kau tusuk-tusuk
bukan juga buku untuk kau belek-belek

hatiku
bukan untuk kau ambil kemudian campak ke tepi
bukan untuk kau usap kemudian ditinggalkan
bukan untuk kau usik kemudian ditikamkan

hatiku
bukan mainan untukmu
bukan rekaan fikiranmu
bukan manifestasi mimpimu

hatiku
hanya satu
yang ini lah yang kuberikan setulus cintaku
dengan harapan kau jaga dan semai cintamu
agar sentiasa merah berdarah
bukan kerana terluka
tetapi kerana cinta kita

hatiku
telah kuberi untukmu
tanda ku milikmu
tika ini aku katakan
aku cinta padamu

2005/05/09

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungking air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

2005/05/02

Heart

A piece of cold blood
Warmed by feelings
Chilled by thoughts
Enriched with hopes
Scratched by dreams
Beating...
'till one day it stops
Ended by breathe



Funny how the four letter word change lives
One who utter the word should be tried if one did not mean it

Funny how the word is spoken carelessly
One who do not appreciate it should never say it

Funny how the four letter word is kept hidden and unspoken
One who fears to say what one feels do not live at all

2005/04/29

no name

[posted as comment at http://puisi-relay.blogspot.com]

dalam hati ada rahsia
dalam rahsia ada cinta
dalam cinta ada luka
dalam luka ada rasa

mungkin syukur
mungkin duka
pasti reda
untuk kesekian kalinya...

2005/04/28

Bukan Kau, Tapi Aku...

Bukan kau, tapi aku
Yang mengguris
Kisah luka ini
yang mencoret
tinta merah berdarah

Bukan kau, tapi aku
yang cuba untuk
lari dari realiti
lalu mengusik fantasi
dengan mimpi

Bukan kau, tapi aku
yang membina
arca duka
hati hati yang terpaut
kini merana

Aku lah yang nista
Aku lah yang noda
Aku
Hanya aku

Kau umpama marmar putih
Manikam bersinar
Tiada cela
Kau murni

Bukan kau, tapi aku
Yang meroboh
istana ini
tinggal bingkisan
hati yang sepi

Bukan kau, tapi aku
Damailah

2005/04/26

Hujan

Hujan
Kadang datangnya disyukuri

Kadang hadirnya dicemuh
Namun ia tetap datang
Lantas memberi rezeki
Lantas basah bumi ini
Lecak dan lopak
Mungkin banjir
Oh.. Air sudah naik
Jalanraya menjadi sesak
Kura-kura besi terhenti
Nafas seperti tersangkut-sangkut
Namun
Hujan di luar pasti berhenti
Hujan di hati...
Entah
Aku tidak tahu
Mungkin kerana cetek
Minda ku yang terbatas
Lantas sering mengundang
Mendung dan titisan
Hujan yang tidak terbendung
Akhir aku pasrah
Ada hikmah
Namun
Hujan di luar pasti berhenti
Hujan di hati...
Mungkin nanti nanti

2005/04/18

But You Said You Love Me


I was alone
And loneliness
was a close friend
I was resigned
And to fate
I gave the upper hand

Then you came
Offering more that I could take
Tempt me
with the sweetest emotion I couldn't shake
But I refused
Oh! how I tried

But you said you love me...

I gave in to need
I surrender to want
I rejoice every moment
That I'm in your arms

Though doubts kept creeping in
Self or otherwise
I know tears would be the end
But I risk for I'm scared
Of being on my own

But you said you love me...

You were sure
Of what you feel
Of what we had
You were happy
And I was made too

Then you retired
To your own self doubt
What if it's not enough
Or maybe it's too much
I'm left alone
To figure things on my own

But you said you love me...