2005/05/16

tak bernama


hatiku
bukan medan untuk kau mencuba-cuba
bukan dartboard untuk kau tusuk-tusuk
bukan juga buku untuk kau belek-belek

hatiku
bukan untuk kau ambil kemudian campak ke tepi
bukan untuk kau usap kemudian ditinggalkan
bukan untuk kau usik kemudian ditikamkan

hatiku
bukan mainan untukmu
bukan rekaan fikiranmu
bukan manifestasi mimpimu

hatiku
hanya satu
yang ini lah yang kuberikan setulus cintaku
dengan harapan kau jaga dan semai cintamu
agar sentiasa merah berdarah
bukan kerana terluka
tetapi kerana cinta kita

hatiku
telah kuberi untukmu
tanda ku milikmu
tika ini aku katakan
aku cinta padamu

2005/05/09

Hanya Satu

Mungkin hatiku sering terguris
Kerana pedas kata-katamu
Pedih kudengari

Mungking air mataku bisa mengalir
Kerana sukar untukmu
Mengerti naluri ini

Mungkin amarahku menyelubungi kalbu
Kerana kau sering saja
Membuat aku keliru

Tapi, hanya satu
Kau hanya satu
Dalam hidupku

Kau disampingku
Tatkala cinta pertamaku buntu
Kau usapiku
Tatkala mimpi ngeri menggangu tidurku
Kau kucup dahiku
Tatkala doa masih basah dibibirmu

Ummi
Hatimu luhur
Jiwamu suci
Pedas katamu membawa erti
Bahagia si anak hanya di hati

Ummi
Cintamu tidak bertepi
Pasrah doamu mengiringi kami
Semalam atau hari ini
Esok jua begini

Ummi
Maafkan kami
Kerana kami yang kurang memahami
Kerana kami leka dengan naluri
Tidak terdengar bisikan hati

Ummi
Sayang kami
Hanya Satu
Hanya Untukmu

Ummi
Kau hanya satu
untuk anak-anakmu
Hanya satu Ummi

2005/05/02

Heart

A piece of cold blood
Warmed by feelings
Chilled by thoughts
Enriched with hopes
Scratched by dreams
Beating...
'till one day it stops
Ended by breathe



Funny how the four letter word change lives
One who utter the word should be tried if one did not mean it

Funny how the word is spoken carelessly
One who do not appreciate it should never say it

Funny how the four letter word is kept hidden and unspoken
One who fears to say what one feels do not live at all