2005/03/29

Bhgn 3: Tanpa Terduga (Finale)

Merly cuti hari ini. Keretanya di hantar servis. Dia terduduk di atas sofa di ruang tamu apartmennya. TV sedang terpasang. Beyonce Knowlse sedang menari dengan galak mengikuti rentak lagu terbarunya. Mata Merly bukan ke kaca TV. Tetapi kepada sekeping kad yang sedang dipegangnya. Dia seperti tidak percaya apa yang telah dibacanya. Diulang baca berkali-kali. Jambangan bunga mawar putih dan merah yang mungkin lebih dua dozen terdampar di sisinya.

"I love you. - Adam -"

Itulah yang tertulis di atas kad berwarna merah jambu itu. Hati Merly berbunga-bunga. Mahu sahaja rasanya dia mancapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Adam. Mahu sahaja dilaung rasa gembira yang amat. Rasa syukur. Merly melelapkan matanya dan cuba mengatur nafasnya kembali. Agar kembali perlahan degup jantungnya yang seperti baru lepas berlari pecut. Bunyi deringan telefonnya membuatkannya tersentak.

"Assalamualaikum. Dah dapat?" Suara Adam yang bariton menerjah gegendang telinga Merly. Merly masih diam. "Merly..? Sayang..? Are you there?" Nada risau mula tercetus di dalam pertanyaan si lelaki.

"Yes. Yes, I'm here," cepat Merly menjawab. "I'm just... so happy." Sebak hati Merly tiba-tiba.

"Does that mean you feel the same?" Suara Adam berubah ceria. Tetapi esakan Merly seperti menggugurkan jantungnya. "Sayang, what's wrong? Please don't cry..."

"Nothing's wrong. Thank you for the flowers. They are beautiful," Merly menjawab. Ada senyuman kini di dalam suaranya.

"I love you, Sayang. I mean it. I can call you 'Sayang', right?"

Merly tergelak. "Yes, of course. I like the sound of it too." Masa berlalu, dan mereka terus bercakap. Sehinggalah...

"Aren't you going to say it back?" Adam bertanya.

"Mmmm... maybe I have a little surprise for you," jawab Merly. "I'm going out in half an hour. I'll call you back later, okay?"

"You nak pergi mana? Ishh.. tak payah la nak berahsia sekarang. Haha.. Cakaplah, you nak pergi mana. I jumpa you di sana."

"You tak payah pergi mana-mana. Because I'm coming to you, okay?" Manja suara Merly membuat hati Adam berdebar-debar.

"Okay sayang. I'll see you in two hours time, max?"

"Yup.. two hours max. See you." Mereka memutuskan talian dengan hati yang berbunga-bunga.

Merly bergegas ke biliknya untuk menukar pakaian.
Adam cepat-cepat kembali kepada tugasan.
Merly memeluk jambangan bunga dan menghidu harum segar mawar merah putih.
Adam mengerling ke jam di dinding dengan harapan masa pantas berlalu.
Merly menyanyi-nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa kegemarannya.
Adam bersiul-siul lagu Keabadian Cinta yang diminatinya.

* * *

Sudah hampir dua jam. Adam masih lagi cuba menelefon Merly. Tetapi tiada jawapan. Dia pergi berdiri di tepi tingkap pejabatnya. Dia mematikan talian. Dan sekali lagi mendail nombor Merly. Matanya terpandang kepada segerombolan manusia yang sedang berkumpul. Seperti ada satu pesta. Adam tersenyum.

Tetapi entah mengapa hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Adam bergegas ke pintu pejabatnya. Tanpa sepatah kata kepada setiausaha yang terkejut apabila bosnya membuka pintu dengan rakus. Adam berlari anak ke pintu depan, terus menekan butang lif. Kakinya tidak henti-henti menhentak lantai di hadapan lif. Apabila pintu lif terbuka dia bergegas masuk dan menekan butang untuk ke tingkat bawah.

Jantungnya seperti ingin meletup apabila dia semakin menghampiri tempat di mana ramai orang sedang berkerumun itu. Dia kenal benar dengan skirt bunga-bunga merah itu. MERLY! Adam merasakan dia menjerit, tetapi dia tidak pasti. Dia menolak kiri dan kanan. Dan terus melutut di sebelah tubuh Merly. Blaus putih yang dipakai Merly kini bertukar merah. Matanya terpejam rapat. Adam terkesima.

Adam memegang tangan Merly. Genggaman tangan kanan si gadis terlerai. Ada sekeping nota.

"I love you too. -Merly-"

Air mata lelaki Adam tidak berhenti mengalir.

2005/03/28

Bhgn 2: Tanpa Terduga


Sudah lebih dua bulan Merly mengenali Adam. Dia senang bersama lelaki itu. Mereka berdua senang berkongsi cerita, dan boleh bercerita mengenai apa sahaja. Tidak ada konflik selain daripada tidak bersetuju dengan pandangan satu sama lain kadang kala. Walaupun begitu, mereka menjadi rapat. Perbezaan di antara mereka tidak dapat mengatasi persamaan dari segi pemikiran dan penerimaan sesuatu. Perbezaan itu seperti melengkapi kedua-dua diri insan yang berkongsi minat membaca dan menulis di masa lapang.

Sejak pertemuan di pusat membeli belah dahulu, Adam tidak pernah putus menghubungi Merly, hampir setiap hari. Selalunya mereka akan keluar pada hujung minggu dan mungkin makan malam bersama beberapa malam dalam seminggu. Merly tahu dia mula menyukai Adam lebih dari seorang kawan. Tetapi, dia tidak mungkin berani bersuara dahulu. Tidak mungkin dia sanggup mencemari persahabatan mereka hanya kerana dia tidak berupaya mengawal perasaannya sendiri. Dia yakin Adam menerimanya secara jujur sebagai seorang teman biasa.

Hati kecil wanita di dalam dirinya yang sering dianggap naif, bahkan oleh dirinya sendiri, tidak diendahkan. Merly bersungguh-sungguh melawan perasaan romantis yang mempercayai kehidupan bahagia selama-lamanya. Seperti Cindrella yang berjumpa dengan puteranya atau si itik hodoh yang bertukar menjadi angsa menawan. Merly tidak mungkin akan tewas lagi dengan perasaan keanak-anakan itu. Itu janji Merly pada dirinya sendiri.

* * *

Adam melihat kembali apa yang telah ditaip di skrin komputernya. Dia membaca semula satu persatu perasaannya yang diluahkan ke dalam jurnal digitalnya. Selesai membaca dia seperti tidak mempercayai itu tulisannya sendiri. Bukankah dia seorang yang skeptik? Bukankah dia enggan mempercayai bahawa seorang wanita mampu berlaku jujur? Bukankah semua gadis yang pernah ditemuinya selama ini hanya inginkan kebendaan yang mampu dia berikan kepada mereka?

Tapi Merly lain. Merly tidak seperti gadis-gadis lain yang pernah dia kenali. Merly jujur. Tanpa rahsia. Benarkah? Merly tidak pernah mengatakan bahawa kebendaan bukan satu kepentingan dalam perhubungan. Merly katakan dia realistik. Tapi mungkin itu hanya taktik Merly untuk memikat aku? Hati Adam berdetik. NO! Tidak mungkin. Konsainsnya berlawanan sesama sendiri. Keliru. Jari jemari tangan kirinya memicit-micit kepalanya yang tidak sakit.

Namun perasaan Adam sudah berubah. Dia tidak pernah menyangka itu akan berlaku. Dia tidak pernah menyangka, hati yang tertutup akan kembali terbuka. Dia... sayang Merly. Dia tidak akan biarkan gadis itu terlepas ke tangan orang lain. Tidak sekali-kali. Adam skeptik. Tapi Adam juga percaya, perkara sebegini tidak mungkin boleh berulangkali terjadi. Dan kiranya ini adalah satu lagi ujian, dan dia akan kecewa, dia tidak peduli. Dia mesti mencuba.

2005/03/25

Bhgn 1: Tanpa Terduga


"Strech your arms people, yes.. just like that, and five, six, seven, eight...," suara lembut jurulatih aerobik itu beralun mengikuti mendayunya lagu 1, 2 Step nyanyian Ciara.

Kaki Merly bergerak pantas mengikuti pergerakan jurulatihnya itu. Hari ini studio senamrobik ini agak penuh. Mungkin kerana hari ini hari Sabtu. Kebanyakan ahlinya mengambil kesempatan kerana tidak bekerja. Kini jurulatih kegemaran Merly mengubah rentak kepada langkah seterusnya. Lantas Merly melakukan 'back lunge' sambil tangan diangkat kehadapan. Badannya terasa diregang sepuasnya.


Merly tidak pernah bosan mengikuti kelas senamrobik ini. Padanya, selain bersenam dia dapat menari. Dan dia dapat berseronok sambil mengeluarkan peluh. Studio senaman ini memang khas untuk aktiviti seperti aerobik, yoga dan pilates. Kadang-kadang Merly mengikuti kelas yoga yang selalunya diadakan sebelum kelas senamrobik. Merly tersenyum tiba-tiba. Dia memikirkan bagaimana orang mahu melakukan senamrobik dengan memberi berbagai-bagai nama kepadanya. Bodyjam, Body hustle, dan sebagainya. Padahal asasnya tetap serupa, cuma kereografinya diubah-ubah mengikut kesesuaian. Kadang-kadang ada langkah mambo, kadang-kadang swing. Merly tetap selesa hanya memanggil aktiviti itu sebagai aerobik.

Tiga puluh minit kemudian, Merly berada di bilik persalinan. Dia telah selesai mandi dan bertukar kepada jeans dan baby-t. Rambutnya yang separa kering itu dibiarkan lepas, tanpa diikat. Rambut Merly ikal, melepasi bahu. Pernah dia berfikir untuk melakukan teknk rebonding, tetapi berkeputusan sebaliknya kerana dia perlu berbelanja lebih untuk memastikan rambutnya tidak rosak. Dan Merly, tidak mempunyai masa untuk berulang ke salun apatah lagi wang lebih untuk dibakar sebegitu saja. Lebih baik dia mencantikkan apartment yang didudukinya. Begitulah logika yang Merly katakan kepada teman serumahnya Aida.

Merly berjalan keluar dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Timur itu. Aida sudah berjanji akan mengambilnya dan mereka akan pergi menonton wayang bersama-sama. Cerita Sepet. Awal pagi tadi, Aida telah menghantarnya ke studio senaman dan terus ke pejabat untuk menghabiskan sedikit tugasan. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi, tapi kelibat kereta merah masih tidak kelihatan. Lantas Merly mengatur langkah ke kedai sebaneka 7-11 yang terletak di deretan yang sama.

Merly tersenyum kepada juruwang 7-11 semasa menolak pintu untuk masuk ke dalam. Comel, getus hati Merly. Dia terus ke peti aiskrim dan memilih aiskrim PaddlePop Maxi kegemarannya. Kemudian dia ke kaunter untuk membayar. Setelah selesai dia keluar semula dan mendapati Aida sedang keluar dari keretanya. Apabila dia melihat Merly, Aida mengangkat tangannya dan melambai, seraya masuk semula ke dalam kereta.

"Aku ingatkan kau lambat lagi. Aku pergi la beli aiskrim dulu," beritahu Merly kepada sahabatnya itu sambil menggigit aiskrim vanila bersalut coklat dan kacang ituh. "Mmm.. sedapnya!"

"Kau ni... baru lepas exercise, makan aiskrim. Tak der hasil!" kata Aida sambil menggelengkan kepalanya. "Bak mai sini sket."

Merly tergelak sambil menjuihkan bibirnya. Dia menghulur aiskrimnya kepada Aida. "Eh... kau dah book tiket wayang, tak? Ke... kita nak gamble and see if ada ticket lagi?"

"Kau... pagi lagi nih. Belum tengahari pun. Sure tiket adalah. Tak semua orang macam kita, nak catch the earliest movie possible!" Aida memberi isyarat ke kanan untuk membelok masuk ke jalan besar. Jalan raya semakin sibuk kerana sudah hampir tengahari.

"Sue jadi tak nak join kita hari ni? Tadi dia ada SMS aku, dia kata dia akan call kau kalau dia jadi nak join." Sue adala seorang lagi teman serumah mereka. Dua hari lepas Sue telah pergi ke Johor, kerana urusan kerja. Belum sempat Aida menjawab, telefon Merly berbunyi menandakan ada SMS diterima.
"Hmm.. panjang umur," kata Merly, "Sue kata go ahead, dia nak sambung tidur. Letih sangat la tu."

"Okay no problem. Aku rasa cerita Sepet ni boleh tengok banyak kali kot. Aku baca review, not bad. And apparently it attracts everyone, regardless of the race." Aida menggigit lagi aiskrim yang diunjukkan oleh Merly. Kemudian dia menggeleng tanda tidak mahu lagi selepas itu.

Kereta yang dipandu Aida memasuk kawasan letak kereta pusat membeli belah One Utama. Nasib mereka agak baik kerana ada tempat kosong berdekatan dengan pintu masuk. Setelah kereta dikunci mereka terus menuruni eskalator dan berjalan ke arah panggung wayang.

"Hmm.. earliest show is 2.15. Kita beli tiket then, pegi lunch la yer. Aku ala-ala lapar nih," Aida bersuara setelah dia dan Merly memerhatikan skrin yang menunjukkan jadual tayangan. Merly mengangguk tanda setuju. Oleh kerana tidak ramai pengunjung yang beratur untuk membeli tiket, mereka berjaya mendapatkan dua tiket dalam masa yang singkat.

Merly dan Aida duduk di meja untuk empat orang di restoran DOME. Merly menghirup coklat banana milkshake kegemarannya, sementara Aida sedang asyik menggulungkan spaghetti di keliling garfu. Mereka sedang berbual kosong apabila tiba-tiba pelayan restoran datang membawa dua gelas berisi air jus oren. Apabila Merly cepat-cepat mengatakan mereka tidak memesan minuman tersebut, pelayan itu berkata,"Compliments from the gentlemen over there." Ibu jarinya diunjukkan ke arah hujung restoran.

Merly dan Aida berpaling ke arah yang ditunjukkan, dan melihat dua orang lelaki mengangkat gelas minuman ke arah mereka. Merly menoleh memandang Aida dan melihat Aida sedang tersenyum sambil menganggukkan kepala. Pelayan tadi lantas meletakkan dua gelas minuman bersama dua kad nama. Satu tertulis nama "Adam Johari" dan satu lagi "Fendi Hisham". Kini Merly dan Aida berbalas senyum.

"Kau nak minum ke air ni?" tanya Merly kepada Aida.

"Kenapa? Kau rasa diorang dah spike drinks ni ke?" Aida tergelak. Tapi mereka berdua tahu yang mereka tidak akan menyentuh minuman tersebut. "Whoops! They are walking over!"

"Ladies, hi," seorang daripada lelaki itu bersuara. "Can we sit here?" Dia bertanya sambil menunjukkan ke arah dua kerusi kosong masing-masing di sebelah Aida dan Merly. Apabila Merly dan Aida mengangguk, mereka terus duduk. "Saya Adam," lelaki di sebelah Merly menghulurkan tangan untuk bersalam. "And..."

"And...," kata-kata Adam dipotong oleh lelaki yang duduk di sebelah Aida, "I am with the name Fendi." Lelaki bernama Adam itu tersenyum menghulur tangan kepada Aida.

"Saya Aida, dan ini kawan saya, Merly," Aida menganggukkan kepalanya ke arah Merly.

"So," Fendi berkata, "you two buat apa kat sini?"

"Emm.. tak da apa-apa, main lompat-lompat, kejar-kejar, main nyorok-nyorok. Sat gi nak gi main panjat-panjat pulak," Merly menjawab lantas dia dan Aida tergelak.

"Tu la kau.. tanya lagi soalan macam tuh," Adam bersuara pula. "Maaf la, kawan I ni memang suka tanya benda yang dah obvious." Fendi hanya tersengih seperti kerang busuk. "I think what he, we, really want to know is, apa yang you two akan buat after makan ni?"

"Oh, we're watching Sepet in fifteen minutes time. Show pukul 2.15," sahut Merly tersenyum.

"Hmm.. in that case, kitorang kene grill everything out from you two before that." Fendi tersenyum nakal.

"Only... everything?" Soal Aida sambil membalas senyuman nakal Fendi. Dan keempat-empat mereka ketawa girang.

Entah bagaimana, mereka berjanji akan berjumpa setelah Merly dan Aida habis menonton cerita Sepet. Merly dan Aida yang tidak pernah melakukan perkara sedemikian berasa seperti robot apabila berjalan memasuki panggung bernombor 7.

"Errmm.. we shouldn't do what we did, don't we?" tanya Aida kepada Merly.

"Hmm.. Hmm.. why did we do it anyway? Tak pe... lepas movie, kita lari jer la balik. Nanti, kalau berjalan-jalan terserempak la pulak. Though, I kinda like that Adam guy," jawab Merly, kemudian tersenyum seperti orang sedang berangan.

"Yeah.. I kinda like gila-gila si Fendi tu."

Sekali lagi Merly dan Aida berpandangan sesama sendiri dan tertawa. Apabila menyedari ada penonton yang memandang, mereka bergegas mencari tempat duduk.

* * *

"Merly! Aida!" Kedua-dua gadis itu berpaling ke arah suara yang memanggil nama mereka. Kelihatan Adam dan Fendi sedang melambai-lambai. Aida dan Merly mematikan langkah untuk menanti Adam dan Fendi yang berjalan ke arah mereka.

"Kamu berdua cuba nak melarikan diri ya?" Fendi mengusik. "Kan kita dah janji nak jumpa semula di hadapan DOME?"

"Yer lah, nasib baik Fendi suggest to wait for you two kat sini. Kalau tak, sure tak jumpa lagilah after this. Of course, we do have your phone numbers..." Adam berkata sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Eh.. tak lah. Kitorang bukan nak lari lah, nak pi ladies' sekejap. Kan Aida?" Merly segera menjawab sambil mencuit bahu Aida.

"Ha ah, betul tuh," sambut Aida bersungguh-sungguh.

"Okay, okay. There's no need to convince us," Adam berseloroh. Mereka sama-sama tertawa. "You two go ahead, pi la buang apa-apa yang patut, kitorang tunggu kat sini, ok?"

Merly dan Aida mmenganggukkan kepala tanda setuju.


Prologue: Tanpa Terduga

Langkah kakinya bertambah pantas. Tujuannya hanya satu; untuk sampai secepat mungkin ke destinasi yang dituju. Dalam keadaan separuh sedar, dia menyedari dia perlu berhenti, kerana lampu isyarat untuk pejalan kaki berwarna merah. Namun kakinya terus melangkah. Telinganya tidak bisa mendengar bunyi jeritan hon kenderaan yang matanya tidak bisa melihat. Lantas, antara nyata dan fantasi dia merasakan dirinya terbang seperti seekor burung lang, dua tangannya menggapai tanpa pegangan. Apabila tubuhnya rebah ke dada bumi yang diselaputi tar, antara dengar dan tidak, suara manusia seperti ribuan lebah menusuk ke telinganya. Dia terasa seperti cecair panas mengalir di belakang kepalanya. Matanya selorong. Langit biru dan awan putih kapas seperti begitu hampir kepadanya. Dia berasa terpanggil. Sayup kedengaran, bunyi telefon bimbitnya memanggil-manggil untuk dijawab. Tapi, dia hilang daya. Makin rasa terpanggil...

2005/03/09

tak...

tak ramai
langsung tak ramai
walaupun mulanya beramai-ramai
tapi pengakhiran
tak ramai

tak tahu
langsung tak tahu
dari pagi macam tahu
sampai petang
tak tahu

tak sakit
langsung tak sakit
satu das mula-mula rasa sakit
bila dah banyak
tak sakit

tak dulik
langsung tak amik pot
mula mula nak la jugak tau
lama lama malas
tak dulik

jom tidur
lebih baik kita tidur
biar orang lain dok jaga
lebih enak kalau tidur
jom tidur

2005/03/04

Prologue 1

Everywhere around her was light. Blinding white light. Am I dead? She asked herself. But no answer came from within. She put her hand to the front. She couldn’t see further than that.

She turned around and around. From afar she could hear the sound of soft music. Beautiful composed lullaby. She felt sleepy suddenly. She tried to keep her eyes open. But it was hard. Her almond shaped eyes started to shut slowly. Suddenly a piercing scream could be heard from the opposite direction of the music.

Her eyes snapped open. Her heart started to beat faster. And faster. Even more faster. She was torn between wanting to follow the path of the beautiful enchanting sound, or to run as fast as the wind is blowing to the direction of the scream. Someone is in trouble. She couldn’t make out if it was a man, or a woman. The romantic nurturing woman in her demanded her hands to sway to the music. But the warrior in her demanded her legs to move to the scream.

In her indecisive state, she closed her eyes, and looked with her heart. Her intuition has always been her best tool in deciding. It had assisted her countless time before and she knew the power was not yet lost. When she finally opened her eyes, what could be just few seconds, her choice had been made.

The peach cream silk wrap around her body had changed to a rugged garb of leather, a little sexy to the eyes because of her natural curves, a sword swinging on her left waist and a set of arrows in her backpack. She clasped her bow firmly. She could feel the blessed curved blade at her ankle. Her necklace of red stone, power pulsing from it, shone just a little too brightly than before.

The air around her had changed. What was white light before, were now the absence of light. Total darkness surrounded her being. It seemed to be creeping slowly into her heart. Somehow the red-hot light from her locket blended and mystically shone a white light showing the dark path in front of her.

The painful screaming continued. She quickened her pace following her heart. A low growling can be heard now. She figured it was from behind her. But she couldn’t be too sure. She wanted to reach the distress call as fast as she could. The growl seemed a little closer, so does the cry for help. She could be sure now, that the scream came from a woman.

All around her became hot. She could smell her own sweat. Her wavy hair seemed to come off its bound. She swept the strands that fell down to the side of her eyes away. She could see now, in the distant, a shape taking a form. Of a woman. Her hands and legs seemed to be bound to the wall behind her. She couldn’t see clearly her face yet. So she stepped closer.

She could see that the woman was wearing a necklace too. A necklace that had a red stone attached to it as the locket. But the stone seemed to be… dead. It may be, un-dead, because she seemed to feel it pulsing, but there is no shine from it. Her own heart started to beat crazily fast. The woman head was bent down. She couldn’t see the face. The wavy hair looked so very familiar to her.

Suddenly the woman raised her head slowly. Only a distress murmur could be heard, almost can be mistaken for the sound of fury around her. When she finally looked straight ahead, she was taken aback. She took a step back. Her brows showed the confusion she was feeling. She was looking at her own face…


[to be continued...]

2005/03/03

selamat pagi kekasih

selamat pagi kekasih
lenakah tidurmu semalam
dibuai mimpi-mimpi indah
bersama bulan dan bintang
bidadari menyanyi
pungguk bersahutan

selamat pagi kekasih
tersenyumkah bibirmu
apabila matamu terbuka
melihat sinar mentari pagi
lembut menembusi tirai di jendela
mendakap hari baru yang menjelma

selamat pagi kekasih
teraturkah langkahmu
ketika menyusuri lorong berliku
menuju destinasimu
yang masih kabur hari ini
dengan harapan menggunung tinggi

selamat pagi kekasih
usah ditanya kenapa
aku masih bertanya khabarmu
walau dirimu jauh di sana
tidak mungkin dapat kuturut
tidak mungkin dapat kuikut

selamat pagi kekasih
tanganku menadah memohon belas
walau dirimu berlalu tanpa kilas
pandangmu jauh kehadapan
aku ditepi dipinggirkan
kerana aku pengemis jalanan

2005/03/02

first post

first time
always scary
always impatient

first time
hands are shaking
heart is beating wildly

first time
with more questions
but less definite answers

first time
full of wonders
and harbours of expectations

first time